Thursday, November 25, 2010

::wahai teman hidupku::

Untuk teman hidupku, bacalah...
Wahai teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

tintamama: Adaptasi dan diubahsuai, sumber asal dari Artikel iluvislam.com

Wednesday, November 24, 2010

::biarkan ia::

biarkan ia. abaikan shj. 

Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .


Thursday, November 11, 2010

::beli hati::

kalau boleh nak tukar hati. nak beli hati yang baru. yang bersih. tapi nak bile di mana?

Wednesday, November 10, 2010

::jangan menyerah::


Tak Ada Manusia
Yang Terlahir Sempurna
Jangan Kau Sesali
Segala Yang Telah Terjadi

Kita Pasti Pernah
Dapatkan Cobaan Yang Berat
Seakan Hidup Ini
Tak Ada Artinya Lagi

Syukuri Apa Yang Ada
Hidup Adalah Anugerah
Tetap Jalani Hidup Ini
Melakukan Yang Terbaik

Tak Ada Manusia
Yang Terlahir Sempurna
Jangan Kau Sesali
Segala Yang Telah Terjadi

Tuhan Pasti Kan Menunjukkan
Kebesaran dan Kuasanya
Bagi Hambanya Yang Sabar
dan Tak Kenal Putus Asa

Jangan Menyerah

Tuesday, November 9, 2010

::di mana nak mula::

nak mula dari mana?. ntah. blur lagi. please. i need help. oh! Allah, please help me!

Wednesday, November 3, 2010

::speechless::

nothing. speechless. kita sahaja yg pedulikan org lain. sapa pula nak pedulikan kita? no answer.

Monday, November 1, 2010

::aku wanita biasa::

Aku hanya seorang wanita biasa. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

::hati isteri::

hati isteri jgn diduga...
sabar isteri jgn dipersenda...
sbb hati isteri yg terlalu sabar...
silap2 boleh buat suami merana kalau tak seketika, mungkin sepanjang usia...

::ruang & peluang::

ketika aku memberikan ruang. ketika aku berikan peluang. ketika pintu kemaafan sentiasa kubuka. apa yg kuterima? tiada. kosong. maka sesudah ini. semuanya akan kubiarkan kosong.

Thursday, October 28, 2010

::Hanya Allah yg tahu::

semalam-semalam. hanya Allah yang tahu. luarnya bahagia, gembira. dalamnya hanya Allah yang tahu. jika ikut hati, ikut nafsu, memang sudah lama terluah rasa hati, dengan penuh emosi. tapi, berdiam diri adalah jalan terbaik pd masa ini. biar Allah shj tempat mengadu. 
jadikan ini sebagai ujian, mendekatkan diri dengan Allah. terima kasih Ya Allah!


Wednesday, October 27, 2010

::Mahabbah::

..sinar..

ku harap ada sinar yg menanti di sana. setiap detik yg dilalui, pasti ada sinar. ku harap sinar yg tidak akan padam. sebelum pintu hati tertutup. terkunci mati.


..khatimah cinta..

Oh kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Oh bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi


mamaAiz: cinta tidak kekal.. datang dan pergi..

Tuesday, October 26, 2010

::Ketika aku menerimamu::

ketika aku menerimamu. aku terima sepenuh jiwa ragaku. hanya Allah yg tahu betapa aku menyayangi dan mencintaimu. seluruh hidupku hanya untukmu, selepas kuletakkan Allah & Rasulullah keutamaanku. aku tidak punya permintaan yg lebih dari sebuah kejujuran. kejujuranmu sgt berharga bg diriku.

::Ketika Allah memilihmu untukku::

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Friday, June 4, 2010

.: kecil hati :.

kecil hati. org tak tahu. atau tak perasan. atau sengaja buat2 tak tahu. 


tapi, sampai bile? sampai ajal datang menjemput? 


bila hati selalu kecil, hati makin mengecil, lalu hilang. tiada hati! plop! tiada hati, tiada perasaan. tiada segala2 lagi. kosong. noktah.

Friday, March 5, 2010

..bila marah..

marah. ko kenapa? aku kacau ko ke? ko tak ada bahasa yg lebih baik ke? kalu aku menjawab guna format bahasa ko, aku pun ikut sama taraf dgn ko. jadik aku diam. kelihatan macam aku mengiyekan apa ko tuduh aku. aku x peduli. ko dah tua. ko dah liat. sbb tu ko x boleh berubah! haha.. bile marah mengusai diri!

Friday, February 19, 2010

Alhamdulillah

A journey of a thousand miles begins with a single step.

receive d 1st emeil from him.. d emel that i really wanted to hear.. actly read.. haha

Thursday, February 18, 2010

.:MeNTaRi HiDuP:.

Mentari Hidup
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

¿¿ıuı ɥɐʞɐdɐ ɐpuɐʇǝd ˙˙uɐnɹǝʞ ʞɐʇ ıpɐɾ ıʇɐɥ

kenapa? aku tak ada jawapan. yg aku tau mungkihkah sebab itu? menunggu jawapan. yg bakal bisa merobah kehidupanku.

Wednesday, February 17, 2010

˙:: dnpıɥ ıƃuɐlǝd ::˙

hari ini pindah ofis baru. semangat baru. aura baru. ehiks.. harap2 memberi sinar baru. yeay!

Friday, February 12, 2010

..buku itu..


sinopsis dari sebuah buku..

Rasa cinta itu sekiranya dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi. Selagi usia dikandung badan. Selagi jiwa merantai hati.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telingan untuk mendengar dan dua mata untuk melihat, tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya... Itulah namanya cinta.

tapi ini buka tentang buku itu.. ini tentang buku yang lain...

kasih

entry pertama. tentang kasih. kasih boleh pd pelbagai. oleh itu. blog ini tempah aku mencurah kasih. isi hati. kasihku pd...